About me

Abu Mufakkir
Batu Pahat, Johor, Malaysia
Peluang berusaha menjadi hamba bertaqwa hanyalah di muka bumi, dalam tempoh yang terlalu singkat. Tidak ada ruang dan peluang untuk disia-siakan. Guna tenaga sebijak mungkin.
View my complete profile

Sahabat

Bakti Pemuda


Wahai remaja
Usia kalian telah muda
Berhak digelar pemuda
Kerja kalian bukan keanak-anakan
Masa kalian demi Allah
Demi masa kalian kini,
dalam kerugian

Melewati hujung kota
Yang ku lihat hanya kelalaian
Hidup dalam kesenangan
Tersia-sia dalam angan-angan
Di manakah usahamu wahai pemuda?

Cerah pagi kini telah malam
Usia hari berlalu cepat
Anda terus mengeluh dan merungut,
seperti biasa.
Wahai remaja
Tulang mana yang telah menjadi berat?

Sejarah melakar kesenian
Kesaktian juga kehidupan
Mereka asal juga pemuda
Mereka tempuh hidup penuh sabar
Digagahi segala daging dan urat
Demi melihat dunia pada kebenaran
Mereka telah berjaya

Ayuh bangun wahai pemuda
Bangkitkan kesaktian jiwamu
Berbanggalah kerana Islam adalah agama kita
Kembalikan apa yang menjadi milikmu
Hikmah yang bertaburan
Kejayaan yang berhampiran
Ayuh remaja
Kita kembali
Sebagai pemuda syurga..

Latest Post
15 March 2012

Terbela Kebenaran


Terbela Kebenaran

Andai dipisahkan kuku dari jari
Ke mana lagi tempat yang lebih sempurna
Ciptaan Tuhan tetap terindah
Hanya manusia yang belum berfikir

Manusia cuba pisahkan apa yang jelas
Mencari yang baru hanya kembali kabur
Letak bukan pada tempat asal
Letak kita bukan pada tempat kekal

Sedang Dia Maha Pencipta telah tahu
Telah Dia ciptakan yang kekal
Sistem yang sistematik buat kita
Kerana ceteknya hidayah kita ingkar

Prof. K. Moore juga mengaku klasifikasi dari Quran
Sedang yang mengaku Muslim tak hirau pada Kalam Tuhan
Mereka ini garang bekerja
Namun tersalah dalam bertamayyuz

Tuhan tak biar kita dalam ingkar
Di beriNya hadiah berupa hidayah
Agar yang benar menjadi panduan
Agar yang benar kembali pada tempat asal

Tempat yang benar diakui Akhirat
Tempat sebenar semua terbayang Jannah
Akhir bicara kembali dengan tepat
Kebenaran hanya pada Allah

13 March 2012

Seikhlas Niat


Seikhlas Niat

Angin sepoi bahasa
Tak ramai yang dapat merasa
Hanya yang keluar mengembara
Akan pulang dengan cerita

Dahulu menjalar kini memagar
Tugas makin mencabar
Hari berlalu seakan halilintar
Dalam dunia duniawi menyambar

Hakikat insan leka pada takhta
Pada pangkat juga pada harta
Mengembara kerana nafsu semata
Pulang dengan budi berbisa

Pulang dengan watak saudagar
Malang sungguh hati sudah terpagar
Tanpa ilmu kita terhampar
Budi tak pernah kekal mekar

Angin sepoi bahasa
Yang ikhlas pasti merasa
Ikhlas pasti menjaga kembara
Walau badai tetap terjaga

12 March 2012

Genggaman Sahabat


Genggaman Sahabat

Dari utara dunia kita hijrah melawat selatan
Hidup penuh liku dan cabaran
Namun segalanya terasa ringan
Ketika digenggam oleh seorang teman

Besarkan jiwa demi sahabat
Melihat masa depan yang hebat
Antara kita pasti muncul debat
Kita selesai sebelum terlewat

Demi persahabatan yang indah
Aku mengintai hidupmu yang gundah
Aku selidik segala salasilah
Aku waspada dalam setiap gerak langkah

Sahabat umpama para sahabat Nabi
Mereka perihatin demi Ilahi
Mereka bercinta bukan kerana duniawi
Mereka sentiasa ambil peduli

Sahabat yang benar mengajak ke syurga
Diperhati agar tiada salah kata
Sastera cinta yang menghias kota
Demi sahabat kita sanggup berjaga

Peganglah Quran ketika bercinta
Ambil sunnah agar tak terluka
Berpesanlah walau sepatah kata
Genggamlah tangan jangan kerana dusta

08 March 2012

Cinta Biar Suci


Cinta Biar Suci

Cinta;
Ketika ia mula terlakar,
Dari langit ke bumi,
Penuh seribu angan,
Harap menjadi cita...

Berbisik;
Monolog dalam sepi,
Membongkar manuskrip,
Penuh persoalan,
Pada apa atau siapa...

Ya, Siapa;
Penuh waspada,
Hirup udara segar,
Kotak minda tetap bertanya,
Siapa dia pada aku...

Darah;
Ketika alirannya deras,
Bagai dipeluk nafsu,
Bukan ini jalan abadi,
Nanti aku terluka...

Bunga;
Tak disangkal harumnya,
Bukan kerana udara,
Asal fitrah memang suci,
Bercinta biar suci...

Tumpah Dakwat Pertama


Tumpah Dakwat Pertama

Berbagai bisik menyentuh jiwa

Melakar mimpi dakwat sastera
Andai lidah sedang berdusta
Hati terima setiap bicara anda

Ingin berkata walau tak kuasa
Saat nafsu sedang bertakhta
Sudilah kiranya kita bicara
Agar yang sahih tetap terbela