Angin sepoi bahasa
Tak ramai yang dapat merasa
Hanya yang keluar mengembara
Akan pulang dengan cerita
Dahulu menjalar kini memagar
Tugas makin mencabar
Hari berlalu seakan halilintar
Dalam dunia duniawi menyambar
Hakikat insan leka pada takhta
Pada pangkat juga pada harta
Mengembara kerana nafsu semata
Pulang dengan budi berbisa
Pulang dengan watak saudagar
Malang sungguh hati sudah terpagar
Tanpa ilmu kita terhampar
Budi tak pernah kekal mekar
Angin sepoi bahasa
Yang ikhlas pasti merasa
Ikhlas pasti menjaga kembara
Walau badai tetap terjaga
About me
- Abu Mufakkir
- Batu Pahat, Johor, Malaysia
- Peluang berusaha menjadi hamba bertaqwa hanyalah di muka bumi, dalam tempoh yang terlalu singkat. Tidak ada ruang dan peluang untuk disia-siakan. Guna tenaga sebijak mungkin.
Sahabat
13 March 2012

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~